Image by FlamingText.com

Monday, 22 February 2010

PENGENDALIAN ACARA

Perancangan untuk mengadakan sesuatu acara selalunya dilaksanakan di antara ENAM atau DUA BELAS bulan sebelum acara berlangsung . Walau bagaimanapun pihak syarikat sentiasa bersiap sedia untuk melaksanakan apa-apa jua acara yang datang secara mendadak. Acara yang di adakan selalunya dilaksanakan di antara EMPAT hingga ke SEPULUH hari.

Pemilihan para peserta amat dititikberatkan. Pihak syarikat terlebih dahulu memastikan produk yang dipamerkan atau dijual ada hubungkaitnya dengan tema acara. Pihak syarikat juga sentiasa menentukan bahawa syarikat yang turut serta mestilah berdaftar dan sah di Negara ini bagi peserta tempatan dan syarikat tersebut mestilah mempunyai rekod penyertaan yang bersih di setiap acara yang pernah di sertai.

Permit dan lesen untuk mengadakan setiap acara akan dipohonkan oleh pihak syarikat kepada pihak yang berkaitan bagi membolehkan acara tersebut dilaksanakan dengan kebenaran yang sah oleh pihak kerajaan.

Bagi acara-acara yang dilaksanakan di sesuatu kompleks/mall, pihak syarikat turut akan menjemput para penyewa kompleks/mall untuk turut serta, Disamping itu, pihak syarikat turut menjemput para pengusaha kecil dan sederhana untuk menyertai acara yang di rancang bersesuaian dengan tema acara.
Setiap acara yang dilaksanakan oleh pihak syarikat akan di iklankan. Ini bagi memastikan orang ramai tahu akan adanya acara tersebut. Pengiklanan dibuat melalui media cetak dan elektronik di Negara Brunei Darussalam seperti:

Media Elektronik
- Radio Television Brunei –Rangkaian Pelangi.
- Kristal F.M.

Media Cetak
- Borneo Bulletin dan Media Permata atau Brunei Time.
- Poster dan ‘Flyers’.
- Kain Rentang.(Terpulang kepada acara yang di lakukan)

No comments:

Post a Comment